Nasionalisme kulit putih

Nasionalisme kulit putih ialah gagasan nasionalisme atau pan-nasionalisme yang menyatakan bahawa orang kulit putih ialah suatu perkauman.[1] Ahli gagasan ini ingin membangunkan dan mempertahankan identiti nasionalis kulit putih.[2][3][4] Para penyokongnya juga menggagas konsep "bangsa kulit putih".[5] Mereka menyatakan bahawa mereka ingin memastikan kelangsungan orang kulit putih dan juga budaya negara-negara yang didominasi oleh orang-orang kulit putih. Mereka merasakan bahawa orang berkulit putih sebaiknya tetap menjadi majoriti di negara-negara tersebut, tetap mempertahankan dominasi ekonomi dan politik mereka, dan budaya mereka harus diutamakan.[4] Banyak kumpulan nasionalis kulit putih yang berkeyakinan bahawa perkahwinan campur, multibudayalisme, kedatangan orang-orang yang bukan kulit putih, dan kadar kesuburan yang rendah kini mengancam kelangsungan hidup orang berkulit putih,[6] dan bahkan ada yang mendakwa bahawa konspirasi genosid kulit putih telah berlaku.[6]Gagasan ini sering kali dikaitkan dengan konsep separatisme kulit putih dan ketuanan kulit putih; separatis ingin mewujudkan negara khusus orang kulit putih, sementara ketuanan merasa bahawa orang kulit putih ialah kaum terbaik di dunia[4] dan diinspirasi dari Darwinisme sosial dan Nazisme.[7] Dua kumpulan penganut gagasan ini menghindari istilah "ketuanan" kerana memiliki konotasi yang negatif.[8]Para pengkritik gagasan nasionalisme kulit putih menyatakan bahawa gagasan ini beserta konsep kebanggaan kulit putih hanya menjadi samaran untuk gagasan ketuanan kulit putih.